MACAM MACAM ADA

Sunday, June 27, 2010

Pertaruhan bola sepak kekal haram


Isu judi bola sepak kini muncul kembali, sama hangat dengan bahang Piala Dunia Fifa 2010 yang berlangsung di Arika Selatan sejak 11 Jun lalu.

Boleh dikatakan,sebelum perlawanan bertaraf dunia membabitkan 48 negara itu berlangsung, isu judi bola sepak di Negara ini rancak diperdebatkan.

Sejak itu juga kita dapat melihat beberapa individu ditahan polis berikutan terbabit dengan perjudian bola sepak secara haram yang didalangi VIP membabitkan pertaruhan lebih RM 1 billion.

Secara nyata, isu judi terang-terangan hukumnya haram sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ma’idah ayat 90 hingga 91 yang bermaksud: “ Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk ) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu supaya kamu mendapat keberuntungan.

“Sesugguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkanpermusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (daripada mengerjakannya)

Berdasarkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah, Allah SWT turu berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 219 bahawasanya: “Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada kedua-duanya ada dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.”

Malah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasullulah SAW pernah bersabda : “Sesiapa saja yang bermain kad (atau berjudi nasib dengannya), sesungguhnya mereka umpama manusia yang memasukkan serta mencelup tangan mereka ke dalam bekas yang dipenuhi daging serta darah babi.”

Menerusi ayat surah Al-Ma’idah itu, jelas judi adalah perbuatan jijik, kotor serta keji, yakni ia langsung tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya pelaku (pemain) itu akan merosakkan sendiri budi pekerti serta amalan mereka.

Mana-mana perkara yang mempunyai unsur beradu nasib atas pertaruhan mereka, sama ada membabitkan wang atau harta benda lain, sedikit atau banyak, hukumnya adalah haram, apatah lagi hasil kemenangan pertaruhan itu digunakan untuk membeli makanan, jelas boleh merosakkan hati seseorang itu.

Perlu diketahui untung serta nasib seseorang itu bergantung kepada rezeki dikurniakan Allah SWT dan bukan daripada perjudian.

Judi membabitkan pelbagai rupa dan nama seperti lumba kuda, tikam ekor dan loteri, di mana hukumnya tetap sama iaitu haram dan berdosa besar.

Mennerusi firman Allah SWT, judi adalah punca permusuhan, pergasuhan dan membawa kepada bunih diri.

Tabiat permain judi itu sendiri jika dilihat apabila kalah pada kali pertama, seseorang itu cenderung berasa tidak puas hati dan ingin terus mencuba dengan harapan mendapat kemenangan sehingga menjadikannya hamba judi yang tamak.

Hal ini turut dipersetujui oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata semua bentuk judi, termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia, adalah haram dalam Islam walaupun sekadar suka-suka dan membabitkan bilangan pertaruhan kecil, malah hukumnya sememangnya berdosa besar sama ada membabitkan mereka yang berjudi atau yang mengaturkannya.

Monday, June 14, 2010

GULA-GULA MARSHMALLOW




TEMUI KAMI DI PASAR TANI:
1. Taman Sri Andalas - Setiap Sabtu / (7.00 pagi - 11.00 pagi)
2. Seksyen 16 PJ - Setiap Sabtu / (7.00 pagi - 11.00 pagi )
3.
4. Stadium Shah Alam (1) - Setiap Ahad / (7.00 pagi - 11.00 pagi)
5. Stadium Shah Alam (2) - Setiap Rabu / (4.00 Petang - 9.00 malam)
6. Kinrara (selasa) / (4.00 Petang - 9.00 malam)
7.
8. Putra Jaya (presint 2) - Setaiap Jumaat dan selasa
9. Bandar Baru Bangi.. Setiap Khamis (2.00 Ptg - 7mlm)
10. Banyak tempat lagi ... bakal di buka


HARGA
30g = RM2.00
100g = RM5.50
1kg = RM50.00

TEMPAH SEKARANG HUBUNGI
REYAZD
0125772394
019306295

KANDUNGAN
Sugar, Corn Syrup, Dextrose,Beef Gelatine
(Halal/ from Pakistan)
Corn Strach, Pectin, Ciric Acid,
Food Flavour and Food Colour




apa apa berkaitan

apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan
apa apa berkaitan






Search This Blog