MACAM MACAM ADA

Sunday, May 30, 2010

UNTUK PEDOMAN SEMUA

Sulaiman tolak godaan wanita cantik

SULAIMAN bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, dia bersama seorang rakannya berniat ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Tiba di satu tempat , singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Sulaiman tinggal di khemah manakala rakannya itu pula keluar membeli barangan keperluan. Ketika bersendirian,tiba-tiba muncul depan Sulaiman seorang gadis cantik seraya berkata: “Beri saya…”

Sulaiman segera berganjak mengambil makanan lalu diberikannya kepada gadis itu tetapi alangkah terkejutnya apabila gadis berkenaan mengatakan : “Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian daripada lelaki yang biasa dia berikan kepada isterinya”.

Sulaiman tersentak lalu membalas: “Engkau dipersiapkan iblis untuk menggodaku.” Hati sulaiman cukup gelisah, dia tunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan itu, gadis penggoda terbabit segera meninggalkan Sulaiman.

Tidak lama kemudian, terdengar langkah temannya datang. Mata sembab sulaiman pula belum sempat terhapus. “Ada apakah gerangan wahai Sulaiman,” Tanya rakannya. Sulaiman menjawab: “ Aku teringat puteriku.”

Rakannya tidak percaya pada jawapan Sulaiman : “ Tidak mungkin. Demi Allah SWT, engkau pasti menyembunyi sesuatu.” Dek terus didesak, Sulaiman akhirnya menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, rakannya mendengar carita itu menangis terisak-isak. Sulaiamn hairan tertanya-tanya.

“Mengapa engkau pula yang menangis,” tanya Sulaiman. Jawab rakannya itu : “Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketiaka itu, entah apa yang terjadi.

Kemudian sampailah di kota Makkah, bertawaf dan bersa’i di Kaabah. Apabila letih dan lelah, dia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Sulaiman bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Dia berkata kepada lelaki itu: “Siapakah tuan. Semoga tuan mendapat curahan rahmat.”

Aku Nabi Yusuf As-Siddiq,” jawabnya. Sulaiman membalas: “Sungguh, engkau mengagumkan wahai nabi, engkau menang melawan godaan isteri tuanmu.” “ Sungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula,” jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.

Harian Metro 30/5/10

Sunday, May 23, 2010

JAHIT MANIK ke 2









apa apa saja yang berkaitanYang ini belum siap lagi nie.

apa apa saja yang berkaitan
apa apa saja yang berkaitan
apa apa saja yang berkaitan
apa apa saja yang berkaitanapa apa saja yang berkaitan


apa apa saja yang berkaitan
apa apa saja yang berkaitan

Jadikanlah sebagai pedoman.

Soalan Jibril kepada kerbau, kelawar,cacing

Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan memintanya bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya; “ Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau, “.

Kerbau menjawab: “Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”

Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian Jibril bertanya : “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar.” “Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya,”

Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing di atas tanah. Lalu Jibril bertanyakan si cacing. “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing.”

Si cacing menjawab: “Masya Allah, Alhamdulillah!. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku seekor cacing daripada menjadikanku sebagai manusia.

“Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya .”

Pedoman untuk semua. Harian metro 23/5/10

Saturday, May 15, 2010

Aromatherapy Cones




Baru......... Aromatherapy Cones,

Ada macam-macam bau....English Rose, Green Apple, Lullaby dan lain-lain.
Harga Rm6.50 je sebungkus.
Ada 29- 30 biji sebungkus.



Sunday, May 9, 2010

Hasil kerja isteriku... jahit manik

Ni la keja bini aku lepas balik dari keja..........Jahit manik. Jahit manik ni kata dia part time jer, Satu lagi keja dia lepas balik dari keja menjahit baju....







Saturday, May 8, 2010

Cicak gergasi Sabah


Cicak gergasi Sabah RM1 juta sekilo
NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.
Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.
Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.
“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.
Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.
“Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar
Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.
Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.

Search This Blog