Meskipun Malaysia mampu mengawal pemainan dengan baik pada babak awal perlawanan, namun kesilapan barisan pertahanan negara ketika menerima serangan Jepun telah membuka ruang kepada Kensuke Nagai untuk melakukan jaringan pertama pada minit ke-26.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata beliau berpuas hati dengan persembahan skuad kebangsaan negara biarpun tewas 0-2 kepada pasukan Jepun.
"Kita tidak boleh meletakan harapan tinggi kepada skuad bola sepak negara kerana Jepun adalah pasukan yang kuat berbanding dengan skuad negara, lagi pun beberapa orang tunggak utama negara tidak dapat bermain dengan baik akibat daripada kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Jepun menduduki tangga ke-30 dalam ranking dunia manakala Malaysia hanya berada di kedudukan ke-149.
Bagaimanapun, Azzuddin berkata Malaysia masih mempunyai peluang untuk melangkah ke pusingan berikutnya (pusingan kedua) sekiranya mampu menewaskan China pada perlawanan ketiga, pusingan pertama kumpulan A yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.
Pertemuan Malaysia-China dijadualkan berlangsung di Stadium Tianne pada 7 malam waktu tempatan. - BERNAMA Berita Harian 10/11/10
No comments:
Post a Comment