MACAM MACAM ADA

Sunday, December 26, 2010

Malaysia menang 3-0

Kekalahan 1-5 sudah dilupakan'


SKUAD negara berazam untuk menebus kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi peringkat kumpulan di Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum ini.


"KEKALAHAN 1-5 kepada Indonesia tempoh hari sudah lama berlalu. Saya takkan fikir lagi kerana ia sudah tidak bermakna lagi. Lagipun Real Madrid pun boleh kalah 0-5 kepada Barcelona.

"Kami sudah melupakannya. Final esok (hari ini) merupakan perlawanan yang berbeza dan kami tidak takut dengan kekalahan 1-5 itu. Saya yakin barisan pemain muda kami akan melaksanakan tugas dengan baik."

Demikian jelas jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal sejurus tamat sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam sebagai persiapan terakhir sebelum menentang Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki 2010 malam ini.

Malaysia dibelasah 1-5 oleh Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan di Jakarta pada 1 Disember lalu tetapi ketika itu, kesemua lima gol tersebut bukan kerana kehebatan Indonesia tetapi hanya kesilapan individu oleh pemain pertahanan Malaysia.

"Saya mahu pemain beraksi seperti biasa saja tetapi dengan keyakinan dan penuh optimis untuk aksi final ini. Saya hanya mahu fikir dan tumpu kepada pemain dan pasukan saya, bukannya pasukan lain," tegas Rajagobal.

Namun sesi latihan tersebut hanya disertai 21 pemain kerana penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa pulang ke Kota Bharu untuk majlis resepsi perkahwinannya di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) malam tadi.

"Saya beri dia (Norshahrul) rehat sehari kerana ada perkara yang perlu diselesaikannya. Saya yakin ia tidak akan menganggu pasukan. Mungkin rehat ini lebih memberi ketenangan kepadanya. Dia akan kembali pagi esok (hari ini)," jelas Rajagobal.

Dalam pada itu, penyerang utama negara, Safee Sali tidak mahu terlalu memikirkan satu kad kuning yang dipegangnya ketika ini tetapi lebih memberi sepenuh fokus bagi menjaringkan gol buat Malaysia.


PARA pemain Malaysia melakukan sesi pemanas badan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam.


"Tak perlu nak main berhati-hati. Saya akan main seperti biasa dan harap tuah Bukit Jalil akan berpihak kepada saya sekali lagi seperti ketika menentang Vietnam bagi memberikan bekalan selesa ke Jakarta," kata Safee ketika ditemui selepas sesi latihan petang semalam.

Tiga pemain Malaysia iaitu Safee, Amirulhadi Zainal dan Mahalli Jasuli serta lima pemain Indonesia iaitu Cristian Gonzales, Oktovianus Maniani, Ahmad Bustomi, Muhammad Ridwan dan Hamka Hamzah perlu mengelak kad kuning agar tidak kempunan beraksi pada final kedua di Jakarta, Rabu ini.

Kosmo 26/12/10



Thursday, December 23, 2010

Telefon selular tak sebabkan risiko barah otak

KUALA LUMPUR - Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.
"Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion atau non ionized radiation iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab satu soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad.

KOSMO 23/12/10

Tuesday, December 21, 2010

Maut sebelum sempat naik pesawat


PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.


IPOH – Kegembiraan sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar tragedi apabila 25 daripada mereka terbunuh selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.

Kemalangan membabitkan bas persiaran dua tingkat milik San Express Holiday pada pukul 11.40 pagi itu turut mengorbankan dua warga tempatan iaitu pemandu, Omar Shahidan, 48, dan pemandu pelancong berketurunan Siam Malaysia, Soontorn a/l Kian, 38.

Tragedi itu berlaku dalam jarak kira-kira 15 kilometer dari Simpang Pulai.

Polis tidak menolak kemungkinan tragedi berkenaan berpunca daripada masalah brek dan tayar tetapi siasatan lanjut mengenai nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, 22 mangsa maut di tempat kejadian manakala lima lagi mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wednesday, December 15, 2010

Kayu Peramal Cuaca

Sejauh mane kehebatan kayu yang digembar-gemburkan? Betulkah boleh meramal cuaca dan persekitaran? Ada kuasa ajaib ke apa kayu ni?

ohtidakkayu1.jpg

Lagi gambar...

ohtidakkayu2.jpg

Rasanya korang faham apa yang nak disampaikan sebenarnya... hehe. Sangat kreatif dan tak sangka pihak terbabit sanggup laburkan duit untuk buat benda ni. Nice one!!

Tuesday, December 14, 2010

Kicap Cap Kipas Udang tiruan

GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.
________________________________________


SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.
Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.
Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.
"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.
"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Search This Blog