MACAM MACAM ADA

Saturday, May 15, 2010

Aromatherapy Cones




Baru......... Aromatherapy Cones,

Ada macam-macam bau....English Rose, Green Apple, Lullaby dan lain-lain.
Harga Rm6.50 je sebungkus.
Ada 29- 30 biji sebungkus.



Sunday, May 9, 2010

Hasil kerja isteriku... jahit manik

Ni la keja bini aku lepas balik dari keja..........Jahit manik. Jahit manik ni kata dia part time jer, Satu lagi keja dia lepas balik dari keja menjahit baju....







Saturday, May 8, 2010

Cicak gergasi Sabah


Cicak gergasi Sabah RM1 juta sekilo
NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.
Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.
Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.
“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.
Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.
“Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar
Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.
Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.

Search This Blog